skkj

skkj

Sunday 22 May 2016

MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU SKKJ 2016

1.0     Tujuan
Sambutan Hari Guru merupakan salah satu acara tahunan yang disambut seluruh negara. Sambutan ini merupakan acara wajib yang dimasukkan dalam takwim sekolah. Sambutan ini merupakan antara acara penting yang disambut untuk meraikan dan mengiktiraf golongan guru  sebagai pembentuk generasi pelapis yang akan menerajui negara pada masa depan. Selain itu, ia juga sebagai tanda penghargaan kepada sumbangan profesion keguruan kepada pembangunan negara. Komitment dan semangat kerjasama yang tinggi amat diperlukan daripada semua pihak bagi menjayakan aktiviti dan seterusnya membentuk satu budaya kerja berpasukan yang positif untuk mencapai kecemerlangan dan kepuasan dalam melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan.

2.0     Matlamat
Matlamat Hari Guru adalah untuk memberi penghargaan yang dirasakan sesuai dengan jasa dan pengorbanan seorang pendidik di atas tugas-tugas yang telah diamanahkan. Perjuangan guru-guru patut dihargai atas usaha mereka untuk memberi kejayaan di masa akan datang kepada agama, bangsa dan negara Malaysia.

3.0     Tema Hari Guru
Guru Pembina Negara Bangsa

4.0     Anjuran
Sekolah Kebangsaan Kampong Jawa

5.0     Kumpulan Sasaran

Program ini melibatkan semua guru Akademik, Guru KAFA, Kakitangan sekolah dan semua murid Sekolah Kebangsaan Kampong Jawa

6.0     Tarikh, Hari dan Masa

Tarikh    :        16 Mei 2016
Hari       :        Isnin
Masa      :        7.30 pagi hingga 1.15 petang

7.0     Tempat Pelaksanaan

Dataran Perhimpunan dan Kafeteria SK Kampong Jawa

8.0     Aktiviti yang Dijalankan

Sambutan  Hari Guru ini telah melibatkan semua warga SK Kampong Jawa. Beberapa aktiviti telah disusun oleh AJK yang terlibat supaya sambutan ini lebih meriah. Pada mulanya, ”Perhimpunan Khas” telah dijalankan iaitu nyanyian 4 buah lagu (lNegaraku, sekolah, kedah dan Guru Malaysia), Bacaan perutusan Sempena Hari Guru dibaca oleh En Sabri bin Ghazali (PK HEM)(Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia) dan Bacaan perutusan dibaca oleh Pn Lindawati bt Shrif (PK PENTADBIRAN)(Menteri Pendidikan Malaysia) sempena sambutan Hari Guru Tahun 2016. Selepas itu, semua guru sertai acara memotong kek sempena hari guru.

NYANYIAN LAGU GURU MALAYSIA
UCAPAN OLEH PN RUBAYAH BT ISMAIL (GURU BESAR)
BACAAN PERUTUSAN PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA 
SEMPENA HARI GURU OLEH EN SABRI
BACAAN PERUTUSAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 
SEMPENA HARI GURU OLEH PN LINDAWATI
ACARA MEMOTONG KEK
KEK HARI GURU
ACARA MEMOTONG KEK
WAJAH-WAJAH ANAK DIDIK SKKJ
WAJAH-WAJAH PENDIDIK SKKJ
Kemudian, aktiviti permainan telah diadakan. Permainan dimulakan dengan aktiviti sukaneka melibatkan guru telah diadakan dengan begitu meriah. Semua guru dan kakitangan sekolah mengambil bahagian dan memberikan kerjasama dalam menjayakan sukaneka tersebut. Murid-murid juga menyertai pertandingan teka gambar guru.
SUKANEKA
ACARA BALING BELON AIR

ACARA HOKI BOLA TAKRAW
ACARA BAWA BOLA GUNA TALI
PERTANDINGAN TEKA GAMBAR GURU


Semasa rehat, semua murid telah dibekalkan dengan makanan dan minuman percuma. Sementara itu guru juga menikmati jamuan pada waktu yang sama. Seterusnya majlis diteruskan dengan acara persembahan murid.

 PERSEMBAHAN TARIAN PRASEKOLAH
PERSEMBAHAN NYANYIAN
PERSEMBAHAN LAKONAN OLEH TAHUN 6 BERJAYA
PERSEMBAHAN TARIAN PEGUIN YANG 
COMEL DAN MENAMBAT HATI
9.0 Penyampaian Hadiah

Seterusnya, penyampaian hadiah oleh Puan Guru Besar Puan Rubayah Bt Ismail, Guru Besar SKKJ kepada pemenang-pemenang permainan sukaneka yang telah diadakan.

PENYAMPAIAN HADIAH KEPADA PARA GURU


PENYAMPAIAN HADIAH ACARA SUKANEKA

PENYAMPAIAN HADIAH KEPADA MURID
SESI PEMBERIAN HADIAH KEPADA PARA GURU 



No comments:

Post a Comment