skkj

skkj

Monday 28 March 2016

KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2016



Pengenalan
Acara Merentas desa  ialah satu acara tetap yang berlangsung setiap tahun bagi  menanamkan semangat cinta kepada aktiviti sukan dan mengutamakan badan yang sihat.

Objektif 
·         Memberi pendedahan dan pengetahuan kepada murid-murid tentang aktiviti merentas desa
·         Memupuk dan menanam semangat suka kepada aktiviti sukan
·         Meningkatkan tahap kecergasan murid
·         Melahirkan masyarakat yang mengutamakan senaman dan kesihatan

Pelaksanaan
Tarikh      :
Isnin / 1 Februari 2016
Hari         :
8.00 Pagi Hingga 11.30 Pagi
Tempat   :
Perkarangan Kampong Jawa



Kejohanan Merentas Desa merupakan salah satu aktiviti tahunan SK Kampong Jawa . Kejohanan tahun ini mendapat sambutan dan sokongan yang menggalakkan dalam kalangan warga sekolah. Aktiviti ini dianjurkan oleh Unit Kokurikulum SKKJ dengan kerjasama warga sekolah dan komuniti setempat. Pungutan mata dalam acara ini merupakan penyumbang besar kepada mata semua rumah sukan yang mengambil bahagian dalam Kejohanan Olahraga Tahunan setiap tahun. Pada tahun ini, seramai 137 orang murid yang mewakili 3 buah rumah sukan iaitu Rumah Darul Aman (Hijau), Rumah Mahawangsa (Kuning), Dan Rumah Langkasuka (Merah) telah mengambil bahagian.






Aktiviti  bermula jam 8.00 pagi. Guru-guru rumah sukan saling membantu menyusun murid-murid mengikut rumah sukan masing-masing. Pada jam 8.30 pagi, guru rumah sukan mengambil kehadiran murid murid-murid. Seterusnya, murid-murid membuat aktiviti memanaskan badan dengan dibantu oleh guru rumah sukan masing-masing. Selepas itu, Encik Mohamad telah memberi penerangan dan keselamatan kepada semua peserta yang mengambil bahagian. Tepat jam 8.45 pagi, acara merentas desa dimulakan. Larian peserta dimulakan oleh Pn Rubayah bt Ismail (Guru Besar) sebagai pelepas. Kejohanan pada tahun ini berjalan lancar kerana mendapat bantuan daripada anggota polis.













Sukaneka Prasekolah









Pada jam 10.30 pagi , majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang dijalankan. Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Guru Besar SKKJ, Pn Rubayah bt Ismail. Hadiah disampaikan kepada 15 pemenang terawal bagi setiap kategori. Para pemenang menerima hadiah berbentuk kalungan pingat.









Selepas tamat majlis penyampaian hadiah, juruacara mengumumkan keputusan keseluruhan pungutan mata bagi setiap rumah. Di kedudukan pertama ialah Rumah Kuning, kedua ialah Rumah Hijau, dan ketiga ialah Rumah Merah . Aktiviti bersurai pada jam 11.30 pagi. Secara keseluruhan, kejohanan pada kali ini berjalan lancar. Tiada sebarang kemalangan berlaku. Kepada yang berjaya syabas diucapkan.






No comments:

Post a Comment