skkj

skkj

Tuesday 17 May 2016

KARNIVAL PERPADUAN BAHASA MELAYU PERINGKAT PUSAT KEGIATAN GURU SIMPANG EMPAT 2016

PENGENALAN

         Karnival Perpaduan Bahasa Melayu Peringkat Pusat Kegiatan Guru Simpang Empat merupakan program tahunan yang dijalankan setiap tahun. Ia bertujuan untuk mencungkil bakat murid sekolah rendah dalam memperkembangkan potensi diri dan bakat yang ada di kalangan murid sekolah rendah.

         Program ini dijalankan pada 04 Mei 2016 bersamaan hari Rabu bertempat di Dewan Sekolah Kebangsaan Alor Mengkudu. Ia bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengah hari.

         PKG Simpang Empat dengan kerjasama sekolah-sekolah berasa bertanggungjawab memegang amanah bagi melahirkan murid yang mampu menyumbang sesuatu kepada agama, bangsa dan negara. Pihak PKG Simpang Empat berharap aktiviti ini dapat menggalakkan penglibatan sekolah-sekolah dalam memajukan murid-muridnya. Hasrat murni PKG Simpang Empat serta sekolah, diharapkan dapat memenuhi sebarang ruang yang kosong yang perlu diisi oleh para pelajar demi kejayaan mereka.

RASIONAL

         Karnival Bahasa Melayu Peringkat PKG Simpang Empat merupakan satu aktiviti terancang yang telah diadakan pada tahun-tahun yang lalu untuk memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi sejajar dengan saranan KPM.

         Proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu secara formal di dalam bilik darjah mungkin membosankan murid. Oleh itu, ia perlu diiringi oleh pembelajaran tidak formal melalui aktiviti terancang di luar bilik darjah seperti bercerita, berpidato, mendeklamasikan sajak, syair dan sebagainya. Dengan adanya karnival ini, secara tidak langsung boleh membantu dan merangsang murid untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Melayu.

OBJEKTIF

Ø Memperkembangkan potensi diri dan bakat yang ada di kalangan murid-murid.
Ø Memupuk semangat cintakan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.
Ø Menambahkan kemahiran berbahasa dengan lebih baik.
Ø Menanamkan semangat berani dan keyakinan diri yang tinggi di kalangan murid.

Backdrop
Para Peserta mengambil tempat untuk mendengar
 taklimat sebelum pertandingan bermula


Para guru mendaftar nama peserta mengikut
 sekolah masing-masing
 Para Peserta
 Peserta pertandingan


 Pertandingan Bermula

 Hakim Pertandingan

 Wakil Peserta daripada SK Kampong Jawa
bersama guru pengiring

Hakim

Hakim

Hakim
 Para Peserta membuat persembahan





Wakil Peserta daripada SK Kampong Jawa


No comments:

Post a Comment