skkj

skkj

Thursday 2 May 2013

MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH

Zulkifli bin Saad
Zulkifli Saad
Pada hari Selasa 30 April 2013, jam 4.00 petang, SK Kampong Jawa mengadakan aktiviti kokurikulum iaitu Program Merentas Desa Periingkat Sekolah. Program ini merupakan program tahunan sekolah. Program ini disertai oleh murid-murid dari Tahun 3 hingga Tahun 6. Ianya berjalan dengan lancar dan tersusun seperti yang telah dirancangkan. Tahniah kepada PK Kokurikulum Encik Zulkifli bin Saad (gambar sebelah) yang cemerlang menjalankan tugas beliau sepanjang berada di SK Kampong Jawa.

Bermula dari Ban Abu Hassan hingga ke tandop dan pusing balik hingga penamatnya di tapak permainan serbaguna sekolah. Jaraknya lebih kurang 3 KM.

Terima kasih juga kepada pihak polis Kota Sarang Semut kerana memberi kerjasama mengawal lalu lintas.

GAMBAR-GAMBAR SEKITAR PROGRAM MERENTAS DESA



Murid sedang melakukan aktiviti regangan sebelum memulakan larian
 Murid mula dibawa ke tempat permulaan di Ban Abu Hassan

 Kelihatan polis sedang menjaga lalu lintas semasa murid di bawa ke tempat permulaan.




Cikgu Zul sedang memberi taklimat sebelum melepaskan peserta

Murid perrempuan didahulukan
Murid lelaki dikemudiankan
 Peserta sedang melalui Check Point 2




 Peserta menuju ke garisan penamat untuk berdaftar kepada dua orang guru ini.








No comments:

Post a Comment