skkj

skkj

Thursday 16 May 2013

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 2013

 Cikgu Zulkifli mengetuai guru-guru menyampaikan IKRAR

Pada hari ini tanggal 16 Mei 2013, semua guru di peringkat kebangsaan menyambut hari yang amat bermakna bagi mereka iaitu Hari Guru. Tema pada tahun ini ialah "Guru Malaysia: 1 Aspirasi, 1 Agenda".

HURAIAN 1 ASPIRASI:
Semua Guru Malaysia mempunyai satu aspirasi untuk membangunkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Adalah menjadi tanggungjawab semua guru ke arah melahirkan murid yang mempunyai enam aspirasi iaitu berpengetahuan,kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian serta beridentiti nasional.

1 ASPIRASI juga diterjemahkan kepada cita-cita murni PPPM 2013-2025 iaitu ke arah sistem pendidikan negara yang memastikan akses kepada kejayaan, kualiti standard antarabangsa yang tinggi, ekuiti untuk semua murid, memupukperpaduan dalam kalangan murid dan pelaksanaan berkecekapan tinggi.

HURAIAN 1 AGENDA:
Semua Guru Malaysia berpegang kepada satu agenda iaitu memastikan kejayaan PPPM 2013-2025.  Guru perlu berpegang teguh kepada etika profesion keguruan yang mempunyai satu agenda atau tugas utama iaitu melahirkan murid seimbang berdasarkan Falsasah Pendidikan Negara.
 Gambar Sepanjang Hari Guru
 Guru mengaminkan doa yang dibacakan oleh murid.
 Guru dan murid bersama-sama menyanyikan lagu Negaraku
 Yang ni bukan Cikgu Shida dari Parit tu, tapi Cikgu Surida.....ehem...ehem.....
 Guru Besar sedang memberi ucapannya sempena Hari Guru
 Guru dan murid memberi perhatian kepada Guru Besar
 Permainan Sukaneka antara Guru dan murid bermula
 Guru Besar dan Ustaz Ibrahim sedang berusaha memecahkan belon yang ditiup
 Cikgu Siti membantu Cikgu Linda memecahka belon
 Pak Lah dan Cikgu Surida sedang memancing bersama.......
 Ustazah Fatonah juga berjaya mendapatkan BOTOL yang dipancingnya
 Begitu juga dengan Ustaz Ibrahim
 Ini pengacara majlis bukan "Kepala Ulat Teksi Sapu" hehehe....jangan Mare Cikgu Rozita....
 Guru Besar menunjukkan bakat. Semasa muda mungkin juara "Fun Fair"

 Tidak ketinggalan Cikgu Siti
 Murid beratur mendapatkan makanan
 Persembahan daripada murid kepada guru
 Bakat muda, IRFAN.....anak BAPA bukan emaknya kot.....
 Penyampaian hadiah kepada PK Kokurikulum
 Penyampaian hadiah kepada PK HEM
 Penyampaian hadiah kepada PK Kurikulum


1 comment:

  1. Cepatnya dh masuk blog. Cekap sungguh bloger ni...

    ReplyDelete