PENGENALAN
Karnival
Perpaduan Bahasa Melayu Peringkat Pusat Kegiatan Guru Simpang Empat merupakan
program tahunan yang dijalankan setiap tahun. Ia bertujuan untuk mencungkil
bakat murid sekolah rendah dalam memperkembangkan potensi diri dan bakat yang
ada di kalangan murid sekolah rendah.
Program
ini dijalankan pada 04 Mei 2016 bersamaan hari Rabu bertempat di Dewan Sekolah
Kebangsaan Alor Mengkudu. Ia bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam
12.00 tengah hari.
PKG
Simpang Empat dengan kerjasama sekolah-sekolah berasa bertanggungjawab memegang
amanah bagi melahirkan murid yang mampu menyumbang sesuatu kepada agama, bangsa
dan negara. Pihak PKG Simpang Empat berharap aktiviti ini dapat menggalakkan
penglibatan sekolah-sekolah dalam memajukan murid-muridnya. Hasrat murni PKG
Simpang Empat serta sekolah, diharapkan dapat memenuhi sebarang ruang yang
kosong yang perlu diisi oleh para pelajar demi kejayaan mereka.
RASIONAL
Karnival Bahasa Melayu Peringkat PKG Simpang Empat merupakan
satu aktiviti terancang yang telah diadakan pada tahun-tahun yang lalu untuk
memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi sejajar dengan saranan KPM.
Proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu secara
formal di dalam bilik darjah mungkin membosankan murid. Oleh itu, ia perlu
diiringi oleh pembelajaran tidak formal melalui aktiviti terancang di luar
bilik darjah seperti bercerita, berpidato, mendeklamasikan sajak, syair dan
sebagainya. Dengan adanya karnival ini, secara tidak langsung boleh membantu
dan merangsang murid untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Melayu.
OBJEKTIF
Ø Memperkembangkan
potensi diri dan bakat yang ada di kalangan murid-murid.
Ø Memupuk
semangat cintakan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.
Ø Menambahkan
kemahiran berbahasa dengan lebih baik.
Ø Menanamkan
semangat berani dan keyakinan diri yang tinggi di kalangan murid.
Backdrop
Para Peserta mengambil tempat untuk mendengar
taklimat sebelum pertandingan bermula
taklimat sebelum pertandingan bermula
Para guru mendaftar nama peserta mengikut
No comments:
Post a Comment