skkj

skkj

Sunday, 10 April 2016

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM NILAM 2016


MAJLIS PELANCARAN PROGRAM NILAM 2016

TARIKH    : 2 MAC 2016
HARI        : RABU

Budaya ilmu adalah aktiviti ilmiah yang dipraktikan sesebuah masyarakat untuk menjadi masyarakat bertamadun. Peradaban ini akan terus relevan dan berkembang jika diasah dan diperturunkan kepada generasi muda masyarakat kita. Pembentukan bangsa atau masyarakat dapat dibina jika mengamalkan budaya ilmu. Salah satu asas yang penting bagi budaya ilmu ialah amalan membaca. Membaca perlu disemai dan dijadikan amalan setiap anggota masyarakat agar dapat berkembang maju dalam pelbagai bidang seperti pendidikan, ekonomi, dan teknologi. Kecemerlangan bangsa dan negara akan dapat dicapai jika masyarakatnya membudayakan amalan membaca sebagai rutin harian. Sekaligus pengetahuan dan pengalaman melalui pembacaan dijadikan asas pembentukan modal insan yang cemerlang bagi membentuk negara maju.
Program NILAM
Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan Program NILAM di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah. Program NILAM adalah agenda prima untuk menjadikan murid-murid sekolah sebagai warga yang berilmu. Di samping menjadikan membaca satu habit yang berkesinambungan tanpa mengira peringkat usia. NILAM adalah akronim daripada Nadi Ilmu Amalan Membaca. Program NILAM merupakan pengabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah seluruh negara. Program NILAM adalah penjenamaan semula program membaca dengan memberi pengiktirafan. Ianya salah satu kaedah untuk menangani masalah yang menghalang penyuburan tabiat membaca dalam kalangan warga sekolah dan masyarakat Malaysia amnya.
Matlamat
Matlamat Program NILAM Pusat Sumber Sekolah SK Kampong Jawa seiring dengan matlamat iaitu;
  • Membina tabiat membaca yang berkekalan dalam kalangan murid.
  • Meningkatkan kuantiti dan kualiti prestasi akdemik murid-murid dan sekolah.
Objektif
Objektif Program NILAM Pusat Sumber Sekolah SK Kampong Jawa adalah sebagaimana objektif, Iaitu sepanjang program NILAM murid-murid akan dapat:
a. Menjadikan murid banyak membaca atau suka membaca.
b. Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca.

Pengiktirafan 

pengiktirafan diberikan kepada murid berdasarkan jumlah buku yang dibaca.


 Di majlis pelancaran Program Nilam 2016

Pengerusi majlis Ustazah Fathonah 

 Antara hadiah yang akan diberikan oleh 
pemenang anugerah NILAM

 Para pelajar beratur di tapak perhimpunan

 Bacaan doa oleh Ustaz Redzuan

Ucapan Perasmian oleh Puan Rubayah Bt Ismail 

 Gimik Pelancaran dan Perasmian
disempurnakan oleh Puan Guru Besar

 Guru Besar menurunkan tandatangan sempena
 Pelancaran Program Nilam 2016


Murid-murid menyanyi kan lagu Nilam

 Guru-guru turut sama menyanyikan lagu nilam

Hadiah kepada murid yang mendapat
 anugerah nilam disampaikan oleh Guru Besar

 Antara murid yang berjaya memperoleh 
anugerah Peminjam Terbanyak


Antara guru yang mendapat hadiah 
anugerah Peminjam Guru Terbanyak 

 Gambar Kenangan Ahli Jawatankuasa 
Pelancaran Nilam bersama Guru Besar















No comments:

Post a Comment