Hari Transisi Tahun 1 merupakan hari yang penuh bermakna dan bererti sekali terutamanya bagi murid-murid tadika atau prasekolah untuk melangkah ke alam persekolahan sebenar (formal) di Tahun 1. Dengan adanya program ini, sedikit sebanyak dapat membantu murid-murid yang datang dari pelbagai latar belakang menyesuaikan diri dan sentiasa lebih bersedia untuk meneruskan pembelajaran di sekolah rendah.
Perlaksanaan
Tarikh :31 Disember 2015
Hari :Khamis
Tempat :SK Kampong Jawa
Objektif
Transisi Tahun 1 ini juga membolehkan murid-murid Tahun 1 2016 menduduki Ujian Diagnostik. Ujian DIagnostik dijalankan adalah untuk mengenal pasti kebolehan murid-murid dalam menguasai kemahiran 4M. Di samping itu, murid-murid juga akan mengenali bilik darjah, bilik-bilik khas, peraturan sekolah dan persekitaran sekolah. Selain dari itu ibubapa turut diberikan taklimat mengenai disiplin, peraturan sekolah yang disampaikan oleh Pn. Norizanselaku Guru Besar SK Kampong Jawa dan taklimat PBS KSSR pula disampaikan oleh Puan Naziroh.
Jawatankuasa Kerja bagi program Transisi Tahun 1
Para waris daftar dan membuat semakan nama anak
Para pelajar tahun 1 mengambil tempat bersama waris
sebelum majlis bermula
Semua waris mendengar ucapan aluan oleh pengerusi majlis
Ucapan perasmian dan kata-kata aluan oleh
Guru Besar SK Kampong Jawa Puan Norizan
Puan Norizan memberi cenderamata kepada murid tahun 1
Waris juga mengirigi anak mereka naik ke pentas
untuk terima cenderamata
Murid-murid tahun 1 begitu teruja berada di kelas baru.
Begitu kusyuk adik-adik tahun 1 mendengar
sesi pengenalan oleh Guru Kelas
Murid-murid dibawa melawat dan melihat kawasan
persekitaran sekolah oleh Ustaz Redzuan
Murid-murid tahun 1 memberi tumpuan mendengar Ustaz Redzuan
mengajar doa masuk ke tandas dankeluar tandas
Murid dibawa melawat bilik guru
Taklimat PBS KSSR disampaikan oleh Puan Naziroh
Para waris mendengar taklimat di Surau SKKJ
Puan Asmahan membuat penyerahan murid
Prasekolah ke Tahun 1 kepada Puan Naziroh
No comments:
Post a Comment