Semua pelajar tahap 2 berkumpul di tapak perkhemahan untuk menerima arahan dari guru pengiring masing-masing tugas yang hendak dilakukan pada masa perkhemahan. Unit beruniform yang terlibat adalah Tunas Kadet Remaja Sekolah, Pengakap, Persatuan Bulan Sabit Merah dan Tunas Puteri Sekolah.
Tugas pertama mereka adalah mendirikan khemah unit beruniform masing-masing.
Aktiviti ke 2 adalah mincipta gajet untuk menghiasi ruang perkhemahan masing-masing.
Ustaz Zahirudin membantu murid-murid mengikat buluh yang dibawa oleh mereka.
Selepas aktiviti ke 2 selesai, para pelajaran dan guru pengiring menyediakan bahan-bahan untuk dimasak makanan pada tengahari.
Tunas Puteri Malaysia dibantu oleh cikgu pengiringnya ialah Puan Rozita.
Aktiviti disebelah petang pula selepas solat Asar, para pelajar diberikan minum petang sebelum meneruskan aktiviti permainan unit beruniform.
Di sebelah malam pula selepas selesai solat isya dan membaca surah Yassin, para pelajar berkumpul di kantin sekolah dengan jamuan istimewa iaitu sate yang disediakan oleh pihak sekolah.
Selepas berjamu selera, para pelajar menyembahkan persembahan berkumpulan sambil bernyanyi beramai-ramai.
Naib pengerusi pun apa kurangnya mengambil bahagian sama menyanyikan lagu Seekor anak gajah keluar bersiar-siar.
Selepas habis aktiviti di pentas, pelajar berkumpul ditapak perhimpunan untuk mengadakan aktiviti luar sebelum tidur.
Selesai aktiviti malam, mereka pun dibenarkan masuk tidur.
Hari Ke 2 Perkhemahan.
Senaman pagi beramai-ramai diiringi Cikgu Ismadi.
Selepas selesai senaman pagi, para murid diberikan sarapan pagi.
Seterusnya adalah penyampaian hadiah kepada unit beruniform yang memperolehi kutipan markah keseluruhan yang tertinggi dari aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan.
Tahniah buat unit beruniform Pengakap Sekolah memperolehi tempat pertama dalam markah keseluruhannya.
Tempat ke2 adalah Tunas Puteri Islam Sekolah.
Manakala tempat ke 3 ialah Bulan Sabit Merah Sekolah.
Akhir sekali tempat ke 4 ialah Tunas Kadet Remaja Sekolah.
No comments:
Post a Comment