skkj

skkj

Wednesday, 8 March 2017

Semakan Keputusan Murid Tahun 1 Online (2023/2024)

Semakan keputusan Penempatan Murid Tahun 1 di seluruh Malaysia akan dibuka mulai 1 Ogos 2022. 

Layari https://public.moe.gov.my/ 

Log Masuk >> Tahun 1 >> SEMAK

Rayuan Penempatan boleh dibuat secara atas talian bermula 1 Ogos sehingga 30 Ogos.

Tuesday, 6 December 2016

HARI ANUGERAH CEMERLANG 2016

  PERLAKSANAAN

TARIKH: 22 November 2016
HARI: Selasa
MASA:  8.30 Pagi

TEMPAT: Dewan SK Kampong Jawa

PENGENALAN

Hari Anugerah Cemerlang merupakan agenda tahunan Sekolah Kebangsaan Kampong Jawa iaitu
bagi menghargai murid-murid yang cemerlang dalam bidang akademik, sahsiah mahupun kokurikulum. Kecemerlangan murid mencerminkan perkembangan serta kemajuan sekolah dalam melahirkan modal insan dan seterusnya membuktikan sekolah adalah sebagai satu institusi pendidikan yang berwibawa. Di samping itu,Hari Anugerah Cemerlang juga adalah sebagai medium untuk mengeratkan hubungan antara sekolah dengan masyarakat setempat.

MATLAMAT

v  Memberi penghargaan kepada murid-murid yang cemerlang serta berpotensi dalam bidang akademik, kokurikulum dan kepimpinan.
v  Memupuk emosi murid-murid agar berazam ingin maju berlumba-lumba menuju kejayaan dan setanding dengan orang yang telah berjaya.
v  Mengembangkan bakat murid dari segi kepimpinan, keyakinan terhadap diri sendiri, individu, yang berpengetahuan, berkebolehan, dan berkemahiran.
v  Mengeratkan kerjasama antara ibu bapa atau penjaga murid dengan pihak pentadbiran dan guru-guru 


 Guru Besar bersama penolong kanan dan tetamu

 Juruacara majlis

 Bacaan doa oleh Ustaz Abu Bakar

 AJK Pendaftaran

 Ucapan perasmian oleh Guru Besar

 Persembahan Murid

 Persembahan Prasekolah



 Penyampaian Hadiah dan Anugerah



 Para tetamu waris yang dijemput

 Guru bertugas sedang mengedarkan makanan jamuan kepada waris/tetamu

 gambar kenangan bersama waris



gambar kenangan guru

JAMUAN AKHIR TAHUN GURU DAN STAF SKKJ 2016 RESTORAN ANJUNG KUALA













JAMUAN AKHIR TAHUN 2016 SKKJ



MAJLIS PERPISAHAN PUAN SANIYAH BT ABDULLAH









Sunday, 20 November 2016

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2016

Perkhemahan Unit Beruniform adalah salah satu aktiviti kokurikulum yang dianjurkan oleh Unit Beruniform dan Kokurikulum SK Kampong Jawa. Program ini disertai oleh pelajar yang menjadi ahli daripada setiap badan-badan unit beruniform SK Kampong Jawa. Ia diadakan di persekitaran sekolah pada, Khamis 10 November 2016.

1.     OBJEKTIF

*      Memberi peluang kepada pelajar merasai pengalaman dalam menyertai program kepimpinan
*      Membentuk pelajar yang mampu berdikari dan mampu menyesuaikan diri dalam setiap situasi
*      Melatih para pelajar untuk memupuk sikap toleransi, bertanggungjawab dan menghargai alam sekitar
*      Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti yang disediakan
*      Melahirkan para pelajar yang berupaya untuk mengeluarkan idea-idea yang bernas semasa mereka menyertai aktiviti dalam kumpulan
*      Memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis sikap mementingkan diri sendiri
*      Melahirkankan pelajar yang seimbang dari segi intelek,rohani, emosi dan sosial


 PEMASANGAN KHEMAH
PESERTA BEGITU TEKUN MEMASING KHEMAH KUMPULAN MASING-MASING 
TAPAK PERKHEMAHAN 
 JAMUAN GURU
PARA PESRTA MEMULAKAN AKTIVITI MEREKA
 MEMBINA GAJET DIBANTU OLEH GURU
ANTARA HASIL GAJET YANG DIBINA
 BINA GAJET
GAJET
 AKTIVITI PERTANDINGAN MEMASAK
 PERSIAPAN UNTUK MEMASAK
 DIBANTU OLEH GURU UNTUK MEMASAK
 PARA PESERTA BERATUR UNTUK MENGAMBIL NASI
 PARA PESERTA BERATUR
AKTIVITI LARIAN KOMANDO


BERHIMPUN SEBELUM BERSURAI